Monday, 15 September 2014

Adun Morib (PAS) Cabut Lari Tak Pergi Muktamar Pusat?


SHAH ALAM: ADUN Morib, Hasnul Baharuddin berkata kehadirannya ke Muktamar PAS ke-60 yang akan berlangsung esok bergantung kepada keadaan dan kesesuaian masa.

Hasnul dalam pada itu mengesahkan beliau bukan lagi perwakilan parti Islam itu bagi kawasannya."Saya sudah tidak menjadi perwakilan mana-mana kawasan.

"Lihat keadaanlah bagaimana (kalau hadir) sebagai pemerhati," katanya kepada Antarapos hari ini.

Hasnul dan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib sebelum ini menyertai sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu sebagai menteri besar baharu Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Susulan tindakan kedua-dua ADUN itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin.

Malah pada akhir bulan lalu, Dewan Ulama PAS Negeri Selangor meluluskan usul mengutuk dan mengecam kedua-dua wakil rakyat itu yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Azizah.

Hasnul ketika mengulas lanjut hal berkenaan memberitahu bersedia menghadap sebarang reaksi daripada perwakilan parti bersabit usul kutuk dan kecam itu.

"Saya bersedia, insya-Allah. Tiada masalah," katanya.

Sementara itu tindakan lanjut terhadap Saari dan Hasnul akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011. ~antarapos




Iklan C (ii)





1 comment:

  1. khalid dah hilang sokongan sudah lah... ape ke jadah pihak sultan maupun istana masih buat tak paham, khalid turun dan exco skandar jadi pemangku sehingga selesai masalah yg di sengaja di tanguhkan oleh pihak yg buat tak paham... rosak demokrasi, rosak perlembagaaan dan rosak otak rakyat selangor

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...